Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga SK St Augustine (M) sertai Program Latihan Kebakaran 2024
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga SK St Augustine (M) sertai Program Latihan Kebakaran 2024

Utusan Sarawak 5 months ago
CARI ILMU… Antara aktiviti yang dijalankan sempena Program Latihan Kebakaran dan Pertolongan Cemas 2024. Foto: BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seramai 200 murid, 25 guru dan lapan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine (M) menyertai Program Latihan Kebakaran dan Pertolongan Cemas 2024. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, pihaknya mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api sempena program anjuran sekolah tersebut, kelmarin. 

“Program bermula dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. 

“Sepasukan bomba hadir bagi mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api,” katanya.

Tambahnya, antara pengisian aktiviti yang turut dijalankan adalah latihan pengungsian bangunan. 

“Para peserta juga turut berpeluang belajar cara mengendalikan alat pemadam api. 

“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Oleh EARL ANEK

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Insiden tanah susur di Nanga Langu, Julau
Next: SMK Meradong capai keputusan SPM cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.