Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Insiden tanah susur di Nanga Langu, Julau
  • Tengah
  • WILAYAH

Insiden tanah susur di Nanga Langu, Julau

Utusan Sarawak 5 months ago
TINJAU… Anggota bomba menjalankan pemantauan tanah susur di hadapan rumah panjang. Foto: BBP Bintangor 

JULAU: Dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan pemantauan di lokasi tanah susur, kelmarin. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, kejadian tersebut berlaku di hadapan Rumah Tera Dana, Nanga Langu, Entabai. 

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan dari Tuai Rumah Tera Dana sekitar 12.00 tengah hari semalam (kelmarin). 

“Bertindak dengan panggilan kecemasan, dua anggota bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemantauan. 

“Setibanya di lokasi pada 1.48 petang, didapati tanah susur berlaku di hadapan rumah panjang, namun tidak menjejaskan struktur rumah. Jarak di antara tanah susur ke rumah panjang anggaran tujuh meter,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam. 

Katanya, anggota bomba memasang tali sawar-sawar berhampiran tanah susur tersebut. 

“Penghuni rumah panjang turut dinasihati untuk berjaga-jaga dan menghubungi pihak bomba sekiranya masih berlaku tanah susur. 

“Pemantauan di lokasi tanah susur selesai sepenuhnya pada 2.30 petang,” katanya. 

Oleh EARL ANEK

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: 18 guru, pelajar SK Ulu Roban berjaya dipindahkan 
Next: Warga SK St Augustine (M) sertai Program Latihan Kebakaran 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.