Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taman Air Mini Delta kini dibuka
  • WILAYAH

Taman Air Mini Delta kini dibuka

Utusan Sarawak 5 months ago

Taman Air Mini Delta, yang direka khas untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun

SIBU: Taman Air Mini Delta, yang direka khas untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun, telah dibuka secara rasmi hari ini.

Menurut Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dalam satu kenyataan, taman ini hanya membenarkan kanak-kanak dengan ketinggian maksimum 1.2 meter. 

“Kanak-kanak yang melebihi ketinggian ini tidak dibenarkan masuk. 

“Kanak-kanak perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang wajib mengawasi mereka sepanjang masa di dalam dan di luar kawasan taman air,” kata kenyataan itu. 

Selain itu, semua pengunjung, termasuk kanak-kanak dan penjaga, diwajibkan memakai pakaian renang yang sesuai semasa menggunakan kemudahan ini.

MPS turut mengingatkan bahawa pihaknya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kehilangan barang di kawasan taman air.

Pengunjung juga dinasihatkan mematuhi semua peraturan keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan untuk memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan selamat.

Taman Air Mini Delta kini dibuka mengikut waktu operasi biasa.

Continue Reading

Previous: Rangkaian jalan raya Utara Sarawak lengkap menjelang 2030
Next: 20 projek RTP dilaksana di DUN Batu Danau tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.