Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita SABERKAS santuni ibu di wad bersalin Hospital Umum Sarawak
  • TEMPATAN

Wanita SABERKAS santuni ibu di wad bersalin Hospital Umum Sarawak

Utusan Sarawak 5 months ago

Sharifah Hasidah ketika berkunjung ke wad bersalin Hospital Umum Sarawak hari ini.

KUCHING: Sebanyak 120 bungkusan sumbangan ikhlas Wanita Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) menerusi program Ziarah Kasih diagihkan kepada ibu-ibu di wad bersalin hari ini sempena Krismas.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan) merangkap Pengerusi Biro Wanita SABERKAS, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, program Ziarah Kasih bersama Wanita Saberkas adalah usaha untuk mengukuhkan silaturahim antara masyarakat terutama ibu-ibu di Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak.

“Kita mengadakan program Ziarah Kasih dan Wanita SABERKAS turun ke hospital memberi sumbangan dan membawa keceriaan kepada ibu-ibu yang bersalin dan melahirkan anak.

“Ini merupakan program pertama kita untuk menyambut Krismas dan salah satu aktiviti Wanita SABERKAS kepada komuniti dan kita memilih untuk melawat hospital dan wad ibu-ibu bersalin,” katanya ketika ditemui pemberita selesai Program Ziarah Kasih Wanita SABERKAS di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr. Ngian Hie Ung dan Biro Wanita Saberkas

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Dana RM1.27 juta untuk 13 JKKK Daerah Pusa dilulus – Fadillah
Next: Projek Hospital Pengajar Unimas ikut jadual – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.