KAPIT: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Perjanjian Damai di Kapit, hari ini.
Tun Pehin Sri dan isteri, Toh Puan selamat tiba di Kapit pada 10.30 pagi. Mereka diiringi oleh Menteri Pengiring, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, serta isteri, Yang Berbahagia Datin Zuraini Abdul Jabbar.
Ketibaan Tun Pehin Sri dan isteri telah disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg, Pengerusi Tun Jugah Foundation, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, ADUN Satok, Dato’ Ibrahim Baki, Ketua Setiausaha Politik Premier, Dato’ Fazzrudin Abdul Rahman serta Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Raden Sigit Witjaksono.
Ketibaan Tun Pehin Sri dan Toh Puan adalah untuk menghadiri sambutan Ulang Tahun ke-100 memperingati Perjanjian Damai yang dimeterai antara kaum Dayak dan Orang Ulu pada tahun 1924.
Pada waktu itu, seramai 6,000 pejuang Orang Ulu dan 2,000 pejuang Iban yang sebelum ini terlibat dalam pertempuran, akhirnya memilih untuk berdamai.
Dalam pertemuan tersebut, mereka hanya membunuh seekor babi sebagai simbol berakhirnya permusuhan yang dahulunya penuh dengan pertumpahan darah.
Peristiwa ini menjadi titik tolak kepada keamanan dan perdamaian antara kedua-dua kaum, yang membentuk asas keharmonian yang dinikmati oleh masyarakat Kapit hingga hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak, ADUN Baleh Nicholas Kudi.
Oleh Akun Giman / Tarani Lanting