PHNOM PENH (Kemboja): Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) Ke-20 menjadi wadah dalam memupuk perpaduan dan membina hubungan di antara negara anggota.
Setiausaha Kehormat RISEAP Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar berkata, perhimpunan itu akan menghimpunkan persamaan dan perkongisian unik dalam kalangan peserta.
“Saya percaya pada majlis ini kita akan menyatu pemikiran, berkongsi persamaan dan keunikan dalam setiap aspek kepasa kerajaan anda.
“Dan saya percaya hari ini, kita akan meneruskan perbincangan kita.
“Sudah tentu, ini bukan sahaja mengenai perbincangan mengenai perkara rasmi tetapi adalah lebih penting untuk menyepadukan pemikiran, bergaul dan membina ketersambungan sesama kita,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan Perhimpunan Agung RISEAP Ke-20 di sini, hari ini .
Majlis turut dihadiri Premier Sarawak merangkap Presiden RISEAP, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.
Majlis kali ini dihadiri seramai 1000 peserta yang terdiri daripada 850 tetamu tempatan dan 150 delegasi antarabangsa dari 23 negara dari Asia Tenggara dan Pasifik.
Para deligasi termasuk dari Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Kemboja, Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos, Sri Lanka, Maldives, New Zealand, Australia, Fiji Island, Papua New Guinea, Vanuatu, Samoa, New Caledonia, Taiwan, Hong Kong, South Korea, Jepun dan Malaysia. – EDISI UKAS