Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru – Fadhlina
  • NASIONAL

KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru – Fadhlina

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika sidang media pada Majlis Pecah Tanah untuk Dua Sekolah Awam di Bandar Gamuda Cove, Selangor. Foto BERNAMA

DENGKIL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia mempertimbang permohonan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) untuk mengurangkan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan sebagai syarat permohonan pertukaran guru.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan kementerian itu.

“Jadi pertimbangan yang disebut oleh NUTP itu adalah selari dengan apa yang sedang kita (KPM) laksanakan sekarang dalam polisi dan dasar, khusus berkaitan dengan isu terbabit,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Bandar Gamuda Cove di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dan Pengerusi Gamuda Tan Sri Ambrin Buang.

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, dilaporkan mengemukakan permohonan kepada KPM bulan lepas untuk mengurangkan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan itu bagi mengelak kisah seperti Cikgu Din berulang.

Pada Oktober lalu, Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar menerusi perkongsian warganet di media sosial berharap dapat ditukarkan dari Sarawak ke Semenanjung untuk menemani isterinya yang sakit.

Isteri Cikgu Din, yang menghidap barah tulang rawan tahap empat meninggal dunia semalam.

Pada masa ini KPM menetapkan guru tidak dibenarkan memohon pertukaran dalam tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan.

Sementara itu, pembinaan dua sekolah rendah awam mengandungi 48 bilik darjah di kawasan seluas 619 hektar itu adalah atas inisiatif derma dan bina antara KPM dan Gamuda.

Kedua-dua sekolah itu akan dibangunkan menerusi dua fasa dengan fasa pertama dijangka siap menjelang 2026 dan apabila siap sepenuhnya mampu menampung hingga 2,400 pelajar. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ahli Dewan Negara cadang pelaksanaan gaji minimum ikut lokaliti
Next: Seramai 2.65 juta ahli aktif KWSP capai simpanan asas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.