Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pasangan pengasas FashionValet akan didakwa Khamis ini – SPRM
  • NASIONAL

Pasangan pengasas FashionValet akan didakwa Khamis ini – SPRM

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR:  Pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang dikaitkan dengan kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis ini.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata pihaknya telah menahan pasangan terbabit hari ini dan telah diberikan jaminan untuk hadir ke mahkamah.

Pada 28 Nov lepas, SPRM telah melengkapkan siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet.

Pengerusi Khazanah itu berkata arahan tegas tersebut sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan.

Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: KPM tempatkan 13,749 guru baharu di seluruh negara – Fadhlina
Next: PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.