Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Parlimen: DRR, isu Kampung Bharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • SEMASA

Parlimen: DRR, isu Kampung Bharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR), punca kenaikan kes jenayah pinjaman wang tidak berlesen dan penipuan kewangan serta isu Kampung Bharu menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) bertanyakan Perdana Menteri sama ada DRR akan dipercepat untuk membolehkan semua fasiliti mega mitigasi banjir disegerakan termasuk Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), susulan bencana banjir dalam skala luar biasa kini yang melanda seluruh negara dan akan menempuh beberapa gelombang, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Dalam sesi sama, Perdana Menteri turut dijadualkan menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang ingin tahu punca kenaikan kes dan langkah pencegahan terhadap jenayah pinjaman wang tidak berlesen serta jenayah penipuan kewangan secara dalam talian atau bersemuka.

Sementara itu, Azli Yusof (PH-Shah Alam) meminta Perdana Menteri menyatakan status rayuan tuntutan pampasan yang lebih adil oleh kumpulan minoriti yang menolak tawaran pemaju di Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu, di sini, dengan mereka telah diberikan pampasan hanya sepertiga daripada pampasan yang diterima oleh kumpulan yang menerima tawaran pampasan oleh pemaju di peringkat awal, pada sesi soal jawab.

Turut menarik perhatian, soalan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai mekanisme terkini berkaitan sumber nadir bumi (REE) bagi membolehkan hasil bumi mentah dapat dieksport dan memberikan pendapatan kepada kerajaan negeri.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat, yang memasuki hari terakhir hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Nyah karbon: Itali sedia beri sokongan kewangan untuk Sarawak 
Next: Sibu Jaya buat julung kali terpilih lokasi sambutan Ambang Tahun Baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.