Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perdana Menteri Timor-Leste diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
  • NASIONAL

Perdana Menteri Timor-Leste diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Utusan Sarawak 6 months ago
PERDANA Menteri Timor-Leste Xanana Gusmao yang sedang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama Batalion Pertama Rejimen Ranjer Diraja pada Istiadat Sambutan Rasmi di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra, hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmão, yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Xanana Gusmão, yang tiba semalam untuk mengadakan lawatan sulungnya ke negara ini, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai tahun lepas, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada 9.00 pagi.

Sejurus kemudian, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Beliau kemudiannya memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).

Turut hadir pada majlis sambutan itu, ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, anggota Jemaah Menteri, diplomat asing, dan pegawai kanan kerajaan.

Xanana Gusmão dan Anwar kemudian mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hubungan dua hala dan  potensi kerjasama antara kedua-dua negara.

Menurut Wisma Putra, antara topik yang dijangka dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin termasuk perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pembangunan kapasiti, serta keterhubungan.

Sidang media bersama dijadualkan diadakan selepas itu.

Pada 2023, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste berjumlah AS$43.7 juta (RM196.7 juta).

Jumlah eksport Malaysia ke Timor-Leste mencatat AS$43.3 juta (RM195.0 juta), manakala jumlah import produk daripada Timor-Leste pula berjumlah AS$0.4 juta (RM1.7 juta). – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Helikopter PDRM diguna beri bantuan kepada 9 PPS terputus hubungan
Next: Peperiksaan SPM hari pertama berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.