Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati kanak-kanak
  • TEMPATAN

Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati kanak-kanak

Utusan Sarawak 6 months ago

Fatimah berkata buku "Understanding Deaf Culture 2.0" yang baru dilancarkan bertujuan untuk memperdalam kesedaran awam dan memupuk persefahaman dalam komuniti. - Foto BERNAMA

KUCHING: Memperkenalkan bahasa isyarat pada usia kanak-kanak adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata pendedahan awal kepada bahasa isyarat bukan sahaja membantu merapatkan jurang komunikasi tetapi juga memupuk pemahaman tentang kepelbagaian dan kepentingan menghormati perbezaan.

“Dengan mengajar bahasa isyarat kepada kanak-kanak sejak kecil, kita menyemai nilai empati dan menghormati orang lain, tanpa mengira keupayaan mereka. Inilah cara kita mewujudkan kesedaran dan membina komuniti inklusif,” katanya ketika melancarkan buku bertajuk “Understanding Deaf Culture 2.0”, di Bangunan Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak di sini, malam tadi.

Beliau berkata Tadika Sedidik milik kerajaan negeri menerajui usaha itu dengan pendaftaran 58 kanak-kanak pekak memandangkan bahasa isyarat telah menjadi sebahagian daripada kurikulum.

“Harapan saya, kanak-kanak yang belajar di Tadika Sedidik akan membesar menjadi rakyat Sarawak yang mempunyai empati dan kebolehan berkomunikasi dengan masyarakat pekak,” katanya.

Fatimah berkata terdapat kemajuan yang ketara dalam melatih pendidik bahasa isyarat iaitu setakat ini, 152 daripada 174 guru di Tadika Sedidik, bersamaan 87.35 peratus, telah menamatkan latihan mereka manakala 2,216 kanak-kanak berumur antara empat dan enam tahun telah mempelajari bahasa isyarat.

Beliau berkata buku “Understanding Deaf Culture 2.0” yang baru dilancarkan bertujuan untuk memperdalam kesedaran awam dan memupuk persefahaman dalam komuniti 

Pertama kali diterbitkan pada November 2022, versi yang dikemas kini itu terus mempromosikan kepentingan bahasa isyarat dan keterangkuman.

“Menerusi usaha ini, Sarawak berharap dapat memupuk generasi yang menghargai keterangkuman dan menghormati keperluan unik setiap individu,” tambahnya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: PUSAKA sasar eksport RM8 bilion menjelang 2030
Next: Etnik Kiput contoh masyarakat hidup dalam keadaan aman damai 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.