Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PUSAKA sasar eksport RM8 bilion menjelang 2030
  • TEMPATAN

PUSAKA sasar eksport RM8 bilion menjelang 2030

Utusan Sarawak 6 months ago
PENGHARGAAN MEDIA…. Pengamal media bergambar selepas menerima cenderamata penghargaan daripada Pengurus Besar Lembaga Perindustrian Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah pada majlis minum petang PUSAKA bersama media, hari ini. FotoBERNAMA

KUCHING: Selaras dengan perancangan jangka panjang melalui Strategi Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menyasarkan pendapatan eksport sejumlah RM8 bilion setahun menjelang 2030.

Menurut Pengurus Besar Lembaga Perindustrian Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah, sasaran tersebut memberi fokus kepada beberapa perkara penting seperti meningkatkan industri panel untuk menjana pendapatan eksport antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion.

“Mempromosikan pembangunan industri kayu kejuruteraan untuk menambah nilai kepada kayu gergaji dari RM700 juta kepada RM1 bilion. Membangunkan industri perabot untuk menjana pendapatan eksport sebanyak RM4 bilion menjelang 2030.

“Merancakkan industri biojisim hijau untuk mencapai pendapatan eksport sebanyak RM0.5 bilion dan membangunkan industri berasaskan buluh untuk menjana pendapatan eksport antara RM200 juta hingga RM500 juta,” katanya ketika berucap pada majlis Apresiasi PUSAKA 2024 di hotel terkemuka di sini, semalam.

Tambah Zainal, industri hiliran perkayuan di Sarawak perlu transformasi ke arah industri perkayuan yang maju dan lestari bagi memastikan penggunaan sumber bahan mentah ke arahpulangan yang optima.

“PUSAKA juga memainkan peranan sebagai pemangkin industri perkayuan berdasarkan lapan Teras Strategik iaitu Transformasi dan Reformasi Industri Perkayuan, Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan; Kecemerlangan Undang-Undang, Dasar, dan Penguatkuasaan; Kecemerlangan Proses & Perkhidmatan; Kecemerlangan Prestasi Kewangan & Pelaburan; Kecemerlangan Modal Insan; Kecemerlangan Teknologi Digital & Komunikasi; dan Kecemerlangan Imej Korporat,” katanya.

Jelasnya, PUSAKA juga memulakan Pelan Pemulihan Perniagaan (2022-2030) bertujuan meningkatkan pendapatan sedia ada, membuka kunci pemulihan aset dan hutang, memastikan penjimatan kos, meningkatkan pulangan pelaburan dan meneroka sumber hasil baharu.

“Inisiatif ini bersedia untuk membantu PUSAKA untuk berdikari dan kukuh dari segi kewangan selain memastikan pulangan pelaburan tinggi, rizab yang semakin meningkat, menerajui dan merintis pelaburan strategik melalui sasaran kami untuk mencapai rizab terkumpul sebanyak RM730 juta menjelang 2030.

“Bagi mencapai hasrat ini, PUSAKA amat berharap agar media akan terus memperbanyakkan berita, rencana dan program-program televisyen serta radio berkaitan dengan perhutanan dan industri perkayuan di Sarawak.

“Sempena majlis kita yang penuh bermakna petang ini, PUSAKA dengan bangganya mengumumkan Pertandingan Klip Video 2024. Pertandingan ini menawarkan hadiah lumayan untuk pemenang pertama, kedua, dan ketiga.

“Klip video yang dihantar mestilah berkisar kepada salah satu daripada tiga tema iaitu Fungsi PUSAKA, Inisiatif kelestarian yang dijalankan oleh PUSAKA, atau Muzium Perkayuan PUSAKA.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini dan memenangi hadiah menarik. Penyertaan klip video hendaklah dihantar kepada PUSAKA selewat-lewatnya pada 30 Disember 2024,” katanya.

Majlis Apresiasi PUSAKA 2024 dianjurkan bagi meraikan dan menghargai jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh pihak media melalui publisiti dan hebahan ke atas setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh PUSAKA selama ini.

Di samping itu, majlis ini juga merupakan medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, berkenal-kenalan, bertukar–tukar fikiran dan mengembangkan idea bagi mengenalpasti pendekatan yang terbaik dalam usaha PUSAKA mempromosikan industri perkayuan dan industri buluh di Sarawak.

Antara rakan media yang hadir termasuk Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), TVS, RTM, Jabatan Penerangan, Astro Awani, Borneo Post, Utusan Sarawak, Sarawak Tribune, Suara Sarawak, Cats Radio, Bernama, Sin Chew Daily, International Times, Utusan Borneo, Dayak Daily dan Berita Harian.

Oleh Yanti Sham

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak perempuan dua tahun terperangkap berjaya diselamatkan
Next: Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.