Korea Selatan perakui 76 buku teks digital berasaskan AI

Facebook
WhatsApp
MENTERI Pendidikan Korea, Lee Ju-ho mengumumkan visi kementerian untuk inisiatif pendidikan digital pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Sejong pada 22 Februari lepas.

SEOUL: Sebanyak 76 buku teks digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah diperakui untuk kegunaan bilik darjah buat kali pertama, meliputi pelajar sekolah rendah hingga menengah atas, kata Kementerian Pendidikan Korea Selatan, hari ini.

Menurut Agensi Berita Yonhap, buku teks yang disenaraikan dalam warta rasmi adalah untuk mata pelajaran termasuk matematik dan Bahasa Inggeris untuk murid darjah tiga dan empat sekolah rendah, pelajar tingkatan satu sekolah menengah rendah, serta tingkatan satu sekolah menengah atas.

Daripada 146 buku teks yang dikemukakan untuk pensijilan, 76 telah dipilih.

Buku teks yang diperakui itu akan dipamerkan di sekolah mulai Isnin depan dan setiap sekolah akan memilih buku teks itu untuk digunakan di bilik darjah bermula tahun persekolahan baharu pada Mac, bersama buku kursus sedia ada.

Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa buku teks digital akan membantu menyediakan pendidikan yang disesuaikan kepada pelajar dengan cara yang sepadan dengan kebolehan dan tahap mereka. – Bernama – Yonhap

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos