Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 60 baki lot pendudukan sementara diagihkan kepada penduduk Bukit Kinyau
  • Tengah
  • WILAYAH

60 baki lot pendudukan sementara diagihkan kepada penduduk Bukit Kinyau

Utusan Sarawak 6 months ago
TEMU BUAL… Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh ditemui media selepas selesai majlis penyerahan TOL SPK Bukit Kinyau bertempat di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei.

SARIKEI: Sebanyak 60 baki lot pendudukan sementara kepada penduduk Bukit Kinyau akan diagihkan kepada penerima. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) Skim Pembesaran Kampung (SPK) merupakan salah satu pendekatan kerajaan Sarawak untuk kemudahan rakyat di luar bandar.

“Sebanyak 53 TOL untuk penduduk Bukit Kinyau telah diserahkan, bermakna kita mempunyai 60 baki TOL yang kita akan agihkan bila-bila masa.

“Dalam kita membangunkan Bukit Kinyau, kita sudah membawa banyak infrastruktur seperti bekalan elektrik dan juga baru sahaja diluluskan bekalan air mengikut jajaran jalan yang juga telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat. 

“Dalam masa yang sama, kita melihat Bukit Kinyau mempunyai satu keunikan, di mana dari asalnya ia dibangunkan dengan kilang papan gergaji pada tahun 50-an…tapi oleh kerana kilang ini lama sudah ditutup, mereka bergantung dengan kehidupan harian sebagai nelayan,” katanya. 

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai majlis penyerahan TOL SPK Bukit Kinyau bertempat di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, semalam. 

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penerima yang telah berjaya menerima TOL supaya tidak menjual lot-lot mereka kepada pihak yang ketiga. 

“Pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) tidak akan mengiktirafkan transaksi ini kepada pihak yang ketiga. 

“Dalam masa yang sama, kita juga merangka pendekatan di mana kita tahu kebanyakan mereka yang mendapat lot ini adalah dari kalangan B40 dan M40. 

“Bermakna kita mempunyai pendekatan di mana mereka boleh menerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) untuk membina rumah dengan kos mengikut kemampuan iaitu melalui kemudahan pembiayaan pinjaman dengan kadar faedah yang tidak membebankan dari Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd,” katanya lagi. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Benak: Enam laluan di bandar Simanggang ditutup, dilencong
Next: ‘Zahid sahkan projek pembinaan MRSM di Lawas bermula tahun depan’ – Henry Sum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.