Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Hyundai Motor labur AS$479 juta di Malaysia
  • BISNES

Hyundai Motor labur AS$479 juta di Malaysia

Utusan Sarawak 6 months ago

SEOUL: Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$480 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025 bagi meningkatkan kapasiti pengeluarannya di negara Asia Tenggara itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pengeluar kereta dari Korea Selatan itu memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat tempatan, Inokom Corporation Sdn Bhd untuk menaik taraf kilang pemasangan complete knockdown (CKD) unit yang kini menghasilkan model kenderaan utiliti lasak (SUV) Santa Fe generasi lama.

Kilang CKD yang dinaik taraf itu dijadual memulakan pengeluaran kenderaan pelbagai guna (MPV) dan minivan Staria keluaran Hyundai menjelang pertengahan 2025, dengan rancangan untuk memperluaskan rangkaian termasuk SUV bersaiz sederhana hingga besar.

Hyundai memaklumkan bahawa skala pengeluaran akan bermula dengan 20,000 unit setahun, dan rancangan pengembangan secara berperingkat.

Kenderaan yang dihasilkan di kemudahan terbabit dijangka dipasarkan di Malaysia dan negara Asia Tenggara lain.

Selain itu, Hyundai menegaskan komitmennya untuk menyokong pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, termasuk memperluas jualan EV, membangunkan infrastruktur pengecasan dan menubuhkan kemudahan pengeluaran bateri.

“Kami membuat keputusan pelaburan ini berdasarkan kepentingan yang semakin meningkat bagi Asia Tenggara dan pasaran Malaysia.

“Kami juga berhasrat untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di rantau ini melalui penciptaan peluang pekerjaan serta pembangunan bakat tempatan,” menurut Hyundai. – Bernama – Yonhap

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Next: Maybank raih untung bersih RM2.54 bilion pada suku ketiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.