Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool terus ungguli EPL, selepas bangkit tewaskan Southampton
  • SUKAN

Liverpool terus ungguli EPL, selepas bangkit tewaskan Southampton

Utusan Sarawak 6 months ago

Pemain Liverpool, Dominik Szoboszlai meraikan jaringan penyamaan ketika menentang Southampton

SOUTHAMPTON: Liverpool terus melebarkan kelebihan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada lapan mata selepas terpaksa bangkit untuk menewaskan Southampton 3-2.

Liverpool mendahului pada minit ke-30 selepas kesilapan Flynn Downes dihukum Dominik Szoboszlai untuk gol pendahuluan Liverpool.

Pasukan tercorot liga EPL itu mendapat gol penyamaan selepas Virgil van Dijk kehilangan bola dan memaksa Andy Robertson menjatuhkan Tyler Dibling.

Penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher berjaya menyelamatkan sepakan penalti Adam Amstrong namun Amstrong lebih pantas menyambar bola tepisan Kelleher untuk mengikat kedudukan.

Saints berjaya mendahului menerusi Mateus Fernandes pada minit ke-56 namun mereka terus melakukan kesilapan, kali ini penjaga gol, Alex McCarthy yang memberikan gol penyamaan kepada Mohamed Salah selepas tidak berada pada posisinya untuk mengutip hantaran jauh Ryan Gravenberch.

Salah meledak gol kemenangan pada minit ke-83 menerusi sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Yuki Sugawara.

Continue Reading

Previous: Aqib X Kampung Boy FC muncul juara
Next: Pemain United ‘keliru, takut’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.