Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif wang saku, komputer riba untuk pelajar, cerminkan komitmen kerajaan Sarawak
  • TEMPATAN

Inisiatif wang saku, komputer riba untuk pelajar, cerminkan komitmen kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 6 months ago

RAKAM KENANGAN… Abang Abdul Aziz Abang Draup (duduk, tengah) merakamkan gambar bersama peserta Hari Kerjaya Pendidikan 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Lundu di CENTEXS Lundu

LUNDU: Inisiatif pemberian wang saku kepada semua pelajar Sarawak yang mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam membantu golongan pelajar kurang berkemampuan.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup berkata inisiatif itu akan membantu golongan pelajar sama ada yang belajar di Sarawak atau di Semenanjung Malaysia dalam menampung keperluan asas mereka.

”Selain itu, kerajaan Sarawak juga mengumumkan insentif pemberian komputer riba dan ini dapat dilaksanakan kerana hasil negeri Sarawak yang meningkat setiap tahun.

”Hasil itu kemudiannya dijana semula untuk membantu pelajar kerana Sarawak komited untuk meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam pelbagai bidang seperti teknologi, kejuruteraan, ekonomi digital, tenaga hijau, hidrogen, aeroangkasa dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan pada acara penangguhan Hari Kerjaya Pendidikan 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Lundu di CENTEXS Lundu, hari ini.

Dalam pada itu, katanya pelajar di Lundu juga beruntung kerana CENTEXS menyediakan banyak peluang pendidikan termasuk kursus yang terbaharu iaitu Kejuruteraan Aeroangkasa.

Selain itu, katanya kawasan Lundu Sematan juga dikenal pasti sebagai lokasi bagi pelancaran Satelit ekoran kedudukannya yang berhampiran dengan Khatulistiwa.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Lundu, Bahron Othman; wakil Pengarah Yayasan Sarawak, Siti Asfajarina Salleh; Ketua Kampus CENTEXS Lundu, Dr Norashikin Abdul Rahman dan wakil Pegawai Daerah Lundu, Isa Liwon.

Continue Reading

Previous: Karnival semai kesedaran jaga kesihatan, lestari alam sekitar
Next: MPKS anjur Kempen Beli Balik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.