Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 250 belia, pelajar sertai program karnival belia DUN Lingga
  • WILAYAH

250 belia, pelajar sertai program karnival belia DUN Lingga

Utusan Sarawak 6 months ago

SEDIA?... Aksi Dayang Noorazah berswafoto bersama belia

SIMANGGANG: Seramai 250 belia dan pelajar sekolah pelbagai kawasan sekitar Bandar Simanggang menyertai program ‘Belia Talk’ sempena Karnival Belia Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, semalam. 

Program ‘Belia Talk’ itu menampilkan beberapa panel jemputan yang berpengalaman, antaranya bekas Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial, Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah dan Pegawai Psikologi Kaunseling Klinik Kesihatan Lubok Antu, Sean Chris Nanang. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, turut hadir dan meluangkan masa bersama belia.

Mereka berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai isu sosial dalam kalangan belia serta cabaran perkahwinan pada usia muda.

Penganjuran program ‘Belia Talk’ sempena Karnival Belia DUN Lingga itu menjadi platform penting dalam memberi inspirasi kepada belia untuk terus maju dan mempersiapkan diri menghadapi cabaran masa depan. 

Dayang Noorazah berkata kehadiran belia dalam program ini membuktikan betapa pentingnya platform seperti ‘Belia Talk’ untuk memberi inspirasi kepada belia untuk terus berkembang dan bersedia menghadapi masa depan.

“Selain ceramah dan sesi perkongsian ilmu, Karnival Belia DUN Lingga turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang direka khas untuk menarik penyertaan belia serta pembangunan masyarakat. 

“Dengan penganjuran program seperti ini, diharapkan para belia dapat lebih berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: MDLBS pantau isu banjir kilat Sibu Jaya
Next: 20 belia sertai kursus asas aplikasi Canva

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.