Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • OPS Selera: 14  individu diperiksa, 11 ditahan di Siburan
  • JENAYAH

OPS Selera: 14  individu diperiksa, 11 ditahan di Siburan

Utusan Sarawak 6 months ago

𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚: Seramai 11 daripada 14 individu warga asing ditahan dalam OPS Selera yang dijalankan di empat lokasi berasingan di sekitar Siburan, Isnin lepas.

Individu yang ditahan itu menurut jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook jabatan berkenaan, kebanyakannya bekerja di lokasi premis makanan yang diserbu.

Katanya, antara kesalahan menerusi pemeriksaan mengejut yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Imigresen (BPI) Kuching mendapati individu-individu terlibat tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi masa, dan tidak mempunyai pas yang sah untuk tinggal dalam negara.

Kesemua kes, jelasnya, merupakan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan adalah dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat terus ke Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia berdekatan atau melalui saluran aduan online sedia ada iaitu Instagram Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak di https://www.instagram.com/imigresenmalaysiasarawak, TikTok https://www.tiktok.com/@jim.sarawak, pautan berangkai Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak https://linktr.ee/prosarawakjims dan Sistem Pertanyaan Online Jabatan di https://eapp.imi.gov.my/tanya/create.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki, rampas rokok, minuman keras 
Next: PDRM rujuk Jabatan Peguam Negara lengkapkan siasatan kes Teoh Beng Hock

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.