Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pembunuh bersiri ‘sianida’ Thailand dihukum mati
  • GLOBAL

Pembunuh bersiri ‘sianida’ Thailand dihukum mati

Utusan Sarawak 6 months ago

Polis mengiringi wanita Thailand yang dituduh membunuh mangsa menggunakan racun sianida ketika kes mula dibicara April lalu.

BANGKOK: Seorang wanita Thailand dipercayai antara pembunuh bersiri paling kejam dalam sejarah negara itu, disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati semalam kerana meracuni rakannya dengan sianida, dalam perbicaraan pertama daripada 14 kes pembunuhannya. 

Sararat Rangsiwuthaporn, 36, seorang penagih judi dalam talian, didakwa menipu ribuan dolar daripada mangsanya sebelum membunuh mereka dengan bahan kimia itu.

Mahkamah di Bangkok mensabitkan kesalahannya semalam kerana meracun rakannya Siriporn Kanwong hingga mati.

Sararat dan Siriporn bertemu di kawasan berhampiran Bangkok pada April tahun lalu untuk melepaskan ikan ke Sungai Mae Klong sebagai sebahagian daripada upacara Buddha.

Siriporn rebah dan meninggal dunia tidak lama kemudian dan penyiasat menemui kesan sianida dalam badannya.

Polis kemudian dapat membuktikan kaitan Sararat dengan keracunan sianida yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini sejak 2015, kata pegawai.

“Keputusan mahkamah adalah adil,” kata ibu Siriporn, Tongpin Kiatchanasiri, kepada pemberita berikutan keputusan itu.

“Saya ingin memberitahu anak perempuan saya bahawa saya amat merinduinya, dan keadilan telah dilakukan untuknya.”

Polis berkata, Sararat membiayai aktiviti perjudian dengan meminjam wang daripada mangsanya – dalam satu kes sebanyak 300,000 baht (RM40,248) – sebelum membunuh mereka dan mencuri barang kemas dan telefon bimbit mereka.

Dia memikat 15 orang – salah seorang daripadanya terselamat daripada mengambil ‘kapsul herba’ beracun, kata mereka.

Sararat menghadapi 13 lagi perbicaraan pembunuhan berasingan, dan sudah didakwa dengan kira-kira 80 kesalahan secara keseluruhan.

Bekas suaminya, seorang leftenan kolonel polis dihukum penjara 16 bulan dan bekas peguamnya dua tahun kerana bersubahat dalam pembunuhan Siriporn, kata peguam keluarga mangsa.

Thailand menjadi tempat bagi beberapa kes jenayah keji dan berprofil tinggi.

Awal tahun ini, enam warga asing ditemui mati di sebuah hotel mewah di Bangkok selepas keracunan sianida dipercayai berkait dengan hutang bernilai jutaan baht. – AFP

Continue Reading

Previous: Mahkamah keluar perintah pembebasan Imran Khan, dibenar ikat jamin
Next: Bank Pusat Indonesia kekalkan kadar faedah pada 6 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.