LAWAS: Ketua Pergerakan Pemuda Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Ba’ kelalan, Steve Lius mengekalkan jawatan itu untuk sesi 2024-2027.
Steve yang juga Exco Pergerakan Pemuda PBB negeri terus mendapat mandat untuk menerajui 19 ranting pergerakan itu pada mesyuarat perwakilannya di sini hari ini.
Mesyuarat diselaraskan oleh Exco Pergerakan Pemuda negeri, Aaron Paulus yang Ketua Pemuda PBB Cawangan Batu Danau Limbang.
Terdahulu Steve menyatakan bahawa pergerakan Pemuda PBB Ba’kelalan dan negeri sentiasa bersedia untuk bergerak di barisan hadapan mengempur lawan.
“Kita di barisan hadapan perlu sentiasa aktif dan berdampingan dengan rakyat dalam setiap masa dan bukan semasa waktu bergembira sahaja.
“Oleh itu kita sebagai rakyat Sarawak harus bangga dengan kepemimpinan Premier Sarawak yang amat mengambil berat masalah rakyat tanpa mengira dimana mereka berada,” katanya.
Beliau berkata beberapa inisiatif yang diumumkan Premier Sarawak untuk belanjawan tahun depan merupakan satu cara untuk memperkasa rakyat di akar umbi yang setiap tahun berdepan cabaran tekanan ekonomi.
Justeru, katanya, rakyat Sarawak harus bergerak bersama menyokong tanpa berbelah bahagi kepada kepemimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan barisan kabinet Sarawak.
“Berbanggalah dengan status ‘K’ pada MyKad atau pengenalan diri kita kerana huruf keramat K adalah kunci kepada ksejahteraan rakyat Sarawak dalam membangunkan Sarawak mengikut acuannya sendiri, “tambahnya.
Oleh ADENG EDRUS