SIMANGGANG: Sebanyak 48 pasukan berentap memburu gelaran juara dalam pertandingan ‘Double Dart’ bersempena penganjuran Karnival Belia DUN Lingga yang berlangsung di Dewan Anjung Merpati, hari ini.
Antara pesaing berentap, menurut jurucakap penganjur merupakan peserta dari Lingga, Pantu, Sri Aman, Saratok, Sarikei serta Kuching.
“Pertandingan ‘Double Dart’ yang dianjurkan ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan setelah mendapat penyertaan sejumlah 48 pasukan.
“Pertandingan diadakan bersempena penganjuran Karnival Belia DUN Lingga bermula semalam (15 November) hingga esok (17 November),” katanya.
Dalam pada itu, Pertandingan ‘Double Dart’ menyediakan hadiah lumayan kepada pemenang.
“Juara pertandingan akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,200 berserta piala dan pingat.
“Naib juara bakal peroleh RM600 berserta piala dan pingat.
“Sementara itu, tempat ketiga dan keempat, masing-masing bakal membawa pulang RM400, piala dan pingat.
Katanya lagi, pasukan yang memperoleh tempat kelima hingga kelapan juga turut memperoleh RM100 dan pingat
Bagi hadiah tempat kelima hingga kelapan pula, jelasnya, akan menerima hadiah wang tunai RM100 pingat, manakala tempat kesembilan hingga ke-16 pula hanya akan mendapat pingat.
Dalam pada itu, pasukan yang berjaya mendapat mata tertinggi iaitu 180 mata akan menerima hadiah wang tunai RM100, dan pasukan yang berjaya mendapat daftar keluar tertinggi melebihi 110 akan menerima hadiah wang tunai RM100.
Pertandingan tersebut dijangka dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, petang esok.
Oleh Adi Safarman