KUALA LUMPUR: Petra Energy Bhd (PEB), melalui anak syarikatnya, Petra Resources Sdn Bhd memperoleh kontrak dari Sarawak Shell Bhd (SSB) dan Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC) untuk operasi kren luar pesisir dan perkhidmatan penyelenggaraan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PEB berkata kontrak itu, berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024, menjangkau empat tahun tanpa pilihan lanjutan.
Ia berkata, anugerah itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham PEB. – BERNAMA