Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Tangani segera hakisan tebing sungai di kawasan Kampung Melango, Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

DUN: Tangani segera hakisan tebing sungai di kawasan Kampung Melango, Saratok

Utusan Sarawak 6 months ago
MOHAMAD Duri (GPS-Kalaka).

PETRA JAYA: Tindakan segera perlu diambil bagi menangani isu hakisan tebing sungai di kawasan Kampung Melango, Saratok kerana boleh mengancam keselamatan penduduk setempat. 

Mohamad Duri (GPS-Kalaka) berkata, sejak 2015, hakisan yang berterusan di lima kampung dari Kampung Pagan hingga Anak Sungai Melango telah menyebabkan tiga rumah runtuh ke dasar Sungai Batang Krian meskipun pelbagai langkah telah diambil.

“Oleh itu, saya mencadangkan agar 47 rumah yang terjejas teruk segera dipindahkan ke Skim Pembesaran Kampung (SPK) Pagan untuk melindungi 168 penduduk yang tinggal berhampiran sungai.

“Pemindahan ini perlu dilakukan segera demi keselamatan penduduk yang berisiko. Seterusnya, saya memohon agar kerajaan Sarawak membina projek penahan hakisan di sepanjang Sungai Krian bagi mencegah hakisan yang lebih buruk,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membahas tentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Mohamad Duri menjelaskan bahawa kawasan Kalaka memerlukan liputan jalur lebar yang baik kerana penduduk kampung, perumahan, dan rumah panjang, terutama di kawasan tinggi, menghadapi masalah liputan internet lemah.

“Untuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) menempatkan menara perkongsian berhampiran SMK Agama Saratok dan membina menara baharu di Kampung Melango serta Kampung Pagan untuk mengatasi kekurangan liputan.

“Bagi kawasan Roban, Plunga, Nyiar dan Jelupang memerlukan menara tambahan kerana kawasan ini jauh dari menara sedia ada, iaitu sejauh 8.16 kilometer. Pembinaan menara baharu juga diperlukan untuk menutup kawasan ‘blind spot’ di sekitar Roban sehingga ke ladang sawit SALCRA Roban North. 

“Selain itu, di kawasan Kampung Kaba, Perpat Hulu, Perpat Tengah, dan Perpat Hilir pula memerlukan sebuah menara baharu di kawasan Sungai Lipat untuk memastikan liputan lebih menyeluruh, termasuk di sepanjang jalan utama serta kawasan feri dan jambatan Sungai Krian,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berharap agar cadangan ini dapat mempercepatkan pembangunan infrastruktur komunikasi di kawasan Kalaka.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Pertimbang cadangan tutup laluan pintasan di Jalan Lada
Next: DUN: Selesaikan isu air melalui peruntukan bernilai RM1.72 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.