Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Tapak pelupusan sampah baharu di Bukit Gran sedang dinilai
  • Selatan
  • WILAYAH

DUN: Tapak pelupusan sampah baharu di Bukit Gran sedang dinilai

Utusan Sarawak 6 months ago
DATUK Dr. Penguang Manggil. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Penilaian terperinci sedang dijalankan untuk membangun pusat pelupusan sampah baharu di Bukit Gran, Sri Aman.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr. Penguang Manggil berkata ia membabitkan kawasan seluas 8.6 hektar yang telah diluluskan sejak 2008.

“Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam melaksanakan sistem pengurusan sisa pepejal secara efektif dan sistematik bagi penyelesaian jangka panjang di negeri ini.

“Penyelesaian pengurusan sisa pepejal akan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk di kawasan Entulang, Sri Aman.

”Isu pusat pelupusan sampah di Entulang yang hampir mencapai kapasiti maksimum juga telah dikenal pasti dan sedang ditangani,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mong Dagang (GPS-Bukit Begunan) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Terdahulu, Mong bertanya sekiranya kerajaan Sarawak mempunyai sebarang rancangan konkrit untuk menutup Tapak Pembuangan Sisa Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di Entulang, Sri Aman dan mengenal pasti tapak alternatif baharu untuk pelupusan sampah.

Menjelas lanjut, Penguang memaklumkan kerajaan turut merancang untuk menutup pusat pelupusan sedia ada di Entulang serta mencari alternatif dan kaedah pelupusan sampah yang lebih mesra alam untuk seluruh kawasan di Sri Aman.

”Pengurusan sampah serta sisa pepejal secara bijak adalah seiring dengan peningkatan taraf hidup penduduk dan pada masa sama memastikan aspek kesihatan berada pada tahap tertinggi.

”Selain itu, pengurusan sisa pepejal di kawasan sekitar Entulang kini boleh dihantar untuk pelupusan di kawasan seluas 2.5 hektar yang berada 48.6 kilometer dari Bandar Sri Aman,” tambahnya.

Untuk rekod, pusat pelupusan sampah dan sisa pepejal di Entulang, Sri Aman dibuka 40 tahun lalu, iaitu pada 1983 dengan keluasan satu hektar. 

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: Projek bekalan air di lima lokasi di Kanowit, Sibu dikemukakan kepada KKDW
Next: Shuib kini Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.