Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penerbangan keluar masuk Bali dibatalkan kesan letusan gunung berapi Lewotobi
  • GLOBAL

Penerbangan keluar masuk Bali dibatalkan kesan letusan gunung berapi Lewotobi

Utusan Sarawak 6 months ago

Pelancong memeriksa jadual penerbangan yang dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, akibat abu daripada letusan gunung berapi Lewotobi. - Foto AFP

SYDNEY: Penerbangan antara Australia dan wilayah Bali di Indonesia digantung akibat abu dari letusan gunung berapi, lapor Xinhua.

Tiga syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, Virgin Australia, dan Jetstar membatalkan atau menangguhkan penerbangan pergi dan balik dari Bali semalam dan hari ini, selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus dan menyelubungi kawasan itu dengan abu.

Jetstar, anak syarikat Qantas membatalkan semua penerbangannya dari Australia ke lapangan terbang Denpasar di Bali dari petang semalam hingga sekurang-kurangnya 2 petang Waktu Siang Timur Australia (AEDT) hari ini.

“Disebabkan oleh abu gunung berapi yang disebabkan oleh Gunung Lewotobi di Indonesia, operasi penerbangan ke dan dari Bali buat masa ini tidak selamat,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Kami terus memantau situasi dengan teliti dan akan menyediakan kemas kini tentang penerbangan yang dijadualkan beroperasi selepas 1400 AEDT secepat mungkin,”.

Jika keadaan bertambah baik, syarikat itu akan mengendalikan sekurang-kurangnya dua perkhidmatan pergi balik tambahan antara Australia dan Bali, termasuk penerbangan khas menggunakan Boeing 787, untuk menyelesaikan masalah penumpang yang terjejas.

Pengembara dinasihatkan untuk memantau status penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan mereka. – BERNAMA-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gunung berapi Lewotobi: Kedutaan berusaha bawa keluar 83 rakyat Malaysia terkandas
Next: Mahkamah Perancis perintah Google hentikan skim carian berita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.