Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pecah rumah: Lelaki sembunyi dalam tandas
  • JENAYAH

Pecah rumah: Lelaki sembunyi dalam tandas

Utusan Sarawak 7 months ago

Seorang lelaki ditahan atas kesalahan pecah rumah. 

SIBU: Seorang suspek kes pecah rumah berjaya ditahan oleh anggota peronda Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) di kawasan perumahan Rantau Panjang di sini, petang semalam.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Polis IPD Sibu hari ini, suspek ditahan sekitar jam 4.30 petang. 

“Suspek dipercayai memecah masuk sebuah rumah di kawasan tersebut sebelum cuba melarikan diri. 

“Menyedari dirinya disedari penduduk, suspek bertindak memanjat ke rumah jiran dan bersembunyi di dalam tandas di tingkat atas. 

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut, polis berjaya mengesan lokasi persembunyian suspek dan menahannya tanpa sebarang kekerasan,” kata kenyataan itu. 

Suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah. 

Penahanan ini membuktikan kecekapan anggota polis dalam menjaga keselamatan dan keamanan komuniti setempat.

Continue Reading

Previous: Lagi pelatih junior UPNM dibuli, didakwa alami retak tulang belakang dan rusuk
Next: Lelaki tertipu urusan perniagaan tidak wujud rugi RM136,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.