Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Maritim tahan bot Indonesia, 3 kru kerana tangkap ikan di zon negara
  • JENAYAH

Maritim tahan bot Indonesia, 3 kru kerana tangkap ikan di zon negara

Utusan Sarawak 7 months ago

Bot nelayan dari Indonesia

MIRI: Tiga kru termasuk seorang nahkoda warga Indonesia ditahan bersama sebuah vesel dari Indonesia dalam satu operasi risik pada kedudukan 49 batu nautika dari barat laut Tanjung Payong, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, vesel itu ditahan sekitar jam 5.30 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati ketika penahanan dibuat, bot terbabit sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dalam Zon Maritim Malaysia. 

“Bot bersama tiga kru termasuk nakhoda dalam lingkungan umur 22 hingga 38 tahun ditahan seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia.

Mohd Khairol berkata, Maritim Malaysia akan sentiasa melakukan rondaan serta meningkatkan operasi bagi mengekang pelanggaran undang-undang daripada berlaku di perairan negara. 

Beliau berkata, sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

Continue Reading

Previous: 46 warganegara asing antara 86 orang diperiksa Jabatan Imigresen
Next: Lagi pelatih junior UPNM dibuli, didakwa alami retak tulang belakang dan rusuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.