Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Potret dihasilkan robot terjual RM5.79 juta
  • GLOBAL

Potret dihasilkan robot terjual RM5.79 juta

Utusan Sarawak 7 months ago

Karya seni ‘AI God’ memaparkan Potret ahli matematik Inggeris, Alan Turing, yang dihasilkan oleh robot humanoid. Foto Ai-Da Robots Studio

LONDON: Potret ahli matematik Inggeris, Alan Turing yang menjadi karya seni pertama oleh robot humanoid, dijual pada acara lelongan di sini, pada harga AS$1.32 juta (kira-kira RM5.79 juta), semalam.

Potret ‘A.I God’ setinggi 2.2 meter (m) itu dihasilkan oleh Ai-Da iaitu artis robot ultrarealistik pertama di dunia.

Harga jualan itu, melebihi harga jangkaan ketika prajualan iaitu AS$180,000 (kira-kira RM790,000). 

“Harga jualan yang memecahkan rekod hari ini untuk karya seni pertama oleh artis robot humanoid menandakan detik dalam sejarah seni moden dan kontemporari dan mencerminkan persimpangan yang semakin meningkat antara teknologi AI (kecerdasan buatan) dan pasaran seni global,” kata rumah lelongan Sotheby’s.

Ai-Da yang menggunakan AI untuk bercakap, ‘berkata’, nilai utama kerja adalah kapasitinya untuk berfungsi sebagai pemangkin untuk dialog mengenai teknologi baharu.

Ia adalah robot ultrarealistik antara termaju di dunia. Ai-Da direka untuk menyerupai wanita dengan muka, mata besar dan rambut palsu berwarna coklat.

Robot humanoid itu dinamakan sempena Ada Lovelace iaitu pengaturcara komputer pertama di dunia. Ia direka oleh pakar dalam seni moden dan kontemporari, Aidan Meller. 

Menurut AFP, Ai-Da menjana idea melalui perbualan dengan ahli studio dan mencadangkan mencipta imej Turing semasa perbincangan mengenai ‘AI untuk kebaikan’.

Robot itu kemudian ditanya gaya, warna, kandungan, tona dan tekstur yang hendak digunakan, sebelum menggunakan kamera di matanya untuk melihat gambar Turing dan menghasilkan lukisan berkenaan. – AFP

Continue Reading

Previous: 34 jatuh sakit dalam penerbangan di Jepun disyaki keracunan makanan
Next: Malaysia kecam serangan Israel, desak PBB ambil tindakan lindungi pasukan pengaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.