Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pasangan pengasas platform fesyen dalam talian dirakam keterangan – SPRM
  • NASIONAL

Pasangan pengasas platform fesyen dalam talian dirakam keterangan – SPRM

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam keterangan pasangan pengasas perniagaan fesyen dalam talian tempatan hari ini bagi membantu siasatan terhadap kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang berjumlah RM43.9 juta.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata bahawa setakat semalam, empat orang saksi dari PNB, Khazanah, dan Kementerian Kewangan telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan tersebut.

Semalam, SPRM melalui hantaran di laman TikTok rasminya memaklumkan bahawa mereka telah menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain serta merampas pelbagai dokumen untuk tujuan siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18, Akta SPRM.

Terdahulu, Azam dalam kenyataannya memaklumkan siasatan berkaitan kerugian pelaburan berkenaan akan dijalankan dengan adil dan profesional.

Beliau menekankan bahawa siasatan ini adalah penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan merupakan isu berkepentingan awam.

Azam juga meminta orang ramai memberi ruang untuk siasatan dijalankan dan mengelakkan spekulasi serta ‘perbicaraan awam’ terhadap pihak yang terlibat.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kerajaan tidak abai, pertimbang lanjut operasi pencarian pesawat MH370
Next: Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar – JAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.