Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pertambahan peruntukan penyakit jarang jumpa diharap bantu rawatan hemofilia
  • NASIONAL

Pertambahan peruntukan penyakit jarang jumpa diharap bantu rawatan hemofilia

Utusan Sarawak 7 months ago

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman

KUALA LUMPUR: Peruntukan bagi menampung kos perubatan penyakit jarang jumpa yang ditingkatkan kepada RM25 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat menambah baik ekosistem rawatan hemofilia, kata Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) mengenai kesihatan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mempertimbangkan kaedah rawatan terbaik yang dapat memberi penjimatan dan kemudahan kepada pesakit.

“Satu daripada 30,000 rakyat Malaysia didapati menghidap hemofilia dan dengan peruntukan itu sedikit sebanyak dapat membantu kumpulan penghidap penyakit jarang jumpa, apabila ia dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung mereka.

“Peruntukan ini diharap dapat disalurkan dengan baik, banyak penyakit jarang jumpa yang KKM sahkan, tetapi bagaimana hendak menyalurkan kepada semua, sama ada mengikut pesakit atau tahap keseriusan, harap ia dapat diagihkan secara sama adil,” katanya ketika ditemui Bernama di Parlimen di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya akan menganjurkan lebih banyak program komuniti bersama Pertubuhan Hemofilia Malaysia (HSM) bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai simptom dialami pesakit seawal usia bayi dan cabaran dihadapi mereka termasuk ahli keluarga.

Hemofilia merupakan penyakit keturunan, yang biasanya membabitkan penghidap mengalami simptom pendarahan berpanjangan akibat kekurangan komponen pembeku darah dalam badan.

Sementara itu Naib Presiden HSM Muhd Shakir Abdul Aziz yang turut menderita hemofilia berkata dianggarkan 1,200 pesakit yang mengalami penyakit itu sedang menerima rawatan di seluruh negara ketika ini.

Beliau berkata KKM boleh mempertimbangkan rawatan menggunakan Emicizumab terutama untuk kanak-kanak di bawah lapan tahun dan mereka yang mengalami komplikasi inhibitor, kerana rawatan itu boleh kekal dalam badan sehingga empat minggu melalui satu suntikan yang sekali gus dapat menjimatkan kos KKM.

“Kos bagi kanak-kanak adalah jauh lebih rendah kerana cuma memerlukan dos yang kecil, dengan kiraan dos adalah berdasarkan berat badan. Rawatan ini juga tidak perlu suntikan ke dalam pembuluh darah dan cuma disuntik di bawah kulit yang tidak menyakitkan bayi dan kanak-kanak,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Usaha pencarian MH370, kaedah penentuan golongan T15 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: Hentikan kutipan sumbangan penghargaan – Peguam Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.