SIBU: Ta Ann Plywood Division telah menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyumbangkan cek bernilai RM25,000 kepada lima Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekitar bandar ini.
Majlis penyerahan cek tersebut berlangsung di Kingwood Hotel, semalam dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Bahagian Kelapa Sawit, Akmal Haqqani Zainal Rashid, hadir untuk menyerahkan cek bagi pihak Ta Ann Plywood Division.
Lima PIBG sekolah yang menerima sumbangan ini adalah PIBG SK Batu Wong, PIBG SK Assan Nunggang, PIBG SK Nang Assan, PIBG SK Ulu Sungai Naman dan PIBG SK Sungai Naman.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Ta Ann Plywood Division dalam menyokong perkembangan pendidikan serta membantu sekolah-sekolah dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi pelajar.
Oleh TARANI LANTING