Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dato Sim Kiang Chiok kekal Pengerusi SUPP Stakan
  • TEMPATAN

Dato Sim Kiang Chiok kekal Pengerusi SUPP Stakan

Utusan Sarawak 7 months ago

USAI MESYUARAT… Dato Sim Kiang Chiok (tengah, barisan hadapan) dan semua ahli jawatankuasa SUPP Cawangan Stakan merakamkan gambar selepas TGM

KUCHING: Dato Sim Kiang Chiok mengekalkan jawatan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Keputusan sebulat suara ahli Jawatankuasa SUPP Cawangan Stakan itu dicapai pada mesyuarat agung tiga tahun sekali (TGM) yang diadakan semalam.

Dalam pada itu, jawatan setiausaha cawangan disandang oleh Sivanesan Sanmugalingam, manakala Chai Ngee Wui menyandang jawatan sebagai bendahari cawangan.

Sementara itu, Valentine Dalley Yong kekal dipilih sebagai Pengerusi Belia SUPP Cawangan Stakan.

SUPP Cawangan Stakan menerusi satu kenyataan memaklumkan proses penamaan calon menyaksikan 33 ahli tidak bertanding dalam jawatankuasa cawangan.

”Proses penamaan calon telah dijalankan mengikut garis panduan parti yang diberi mandat  pada 2 November 2024,” katanya.

Jawatankuasa baharu itu akan berkhidmat untuk tempoh tiga tahun berikutnya.

Continue Reading

Previous: Raja Sungai: Puteri Dang Balai catat hatrik, raih hadiah RM30,000
Next: Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada SCaT 2024 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.