150 penduduk Rumah Alen sertai program anjuran bomba  

Facebook
WhatsApp
CERAMAH… Ketua BBP Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin menjalankan ceramah pengenalan dan tatacara pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api. Foto BBP Sarikei
 

SARIKEI: Seramai 150 orang peserta menyertai program kesedaran awam di Rumah Alen di Jalan Kerasi, semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut bermula 10.30 pagi. 

“Saya bersama dua anggota bomba bertugas mengendalikan program tersebut. 

“Aktiviti yang turut diadakan adalah ceramah kesedaran keselamatan kebakaran,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, pihaknya turut mengadakan pengenalan dan tatacara pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api. 

“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 

“Program kesedaran awam ini merupakan anjuran Majlis Daerah Sarikei (MDS) dengan kerjasama BBP Sarikei dan Jabatan Veterinar Sarikei,” katanya. 

Oleh Earl Anek