Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Vandalisme: Bintulu dikenal pasti antara ‘hotspot’
  • TEMPATAN

Vandalisme: Bintulu dikenal pasti antara ‘hotspot’

Utusan Sarawak 8 months ago

Dato Sri Julaihi Narawi bersama tetamu kehormat meninjau tapak pempamer selepas majlis perasmian kempen di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

BINTULU: Bintulu dikenal pasti sebagai salah satu kawasan ‘hotspot’ atau titik panas bagi kegiatan vandalisme yang melibatkan kemudahan utiliti dan telekomunikasi di Sarawak. 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah turut membebankan kerajaan serta menimbulkan risiko keselamatan termasuk kemungkinan pelaku mengalami renjatan elektrik.

Justeru, beliau menegaskan bahawa isu itu memerlukan tindakan segera kerana ia memberi kesan besar kepada penduduk dan merosakkan infrastruktur awam.

“Saya sudah memaklumkan kepada Dato’ Sri Dr Stephen Rundi bahawa Bintulu merupakan antara kawasan ‘hotspot’ masalah ini.

“Jadi, inilah antara sebab mengapa kempen anti-vandalisme ini perlu dilaksanakan. 

“Kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak dan seluruh lapisan masyarakat, dari golongan muda hingga yang tua, bagi memastikan usaha ini mendapat sokongan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini, hari ini.

Julaihi turut menekankan bahawa undang-undang dan ordinan dalam jenayah vandalisme perlu diperketatkan bagi menghalang aktiviti tersebut daripada berulang.

“Undang-undang kita perlu dikaji semula supaya apabila kesalahan dibuktikan dengan jelas di mahkamah, hukuman yang dikenakan lebih berat daripada sedia ada. 

“Penalti RM5,000 misalnya, mungkin tidak cukup memberi kesan atau menghalang mereka daripada merosakkan atau mencuri peralatan yang penting untuk kegunaan awam,” katanya.

Beliau menggesa kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat setempat untuk mengekang kegiatan vandalisme dan mengelakkan kerugian besar kepada negeri.

Continue Reading

Previous: HDC: Pembinaan Projek Perumahan Rakyat di kawasan Kampung Segedup hingga Kampung Sungai Maong tidak berasas
Next: Pencapaian GiatMara Sarawak membanggakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.