QATAR merasmikan stadium Piala Dunia terbarunya semalam bukan dengan perlawanan bola sepak dengan tiket habis terjual, tetapi dengan penghormatan penjarakkan sosial kepada para pekerja digarisan depan melawan Covid-19.
Pemuzik Qatar Philharmonic Orchestra yang memakai topeng dan sarung tangan yang dikelilingi oleh lilin mendendangkan muzik orkestra yang di atas padang Stadium Educational City baru dalam siaran klip untuk menandakan pembukaan stadium.
Itu diselingi dengan gambar profesional perubatan dan pekerja barisan berisan depan lain yang melalui jalan memasuki stadium berkapasitas 40,000, yang ditunjukkan dengan tempat duduk kosong yang menakutkan, untuk menerima tepukan daripada pasukan kebangsaan Qatar.
“Ini semua adalah pesan harapan. Dan, terima kasih banyak kepada para pekerja barisan depan di seluruh dunia,” kata Nasser al-Khater, ketua eksekutif Piala Dunia 2022, setelah perasmian.
“Ini tanda penghargaan kepada mereka.”
Stadium Education City merupakan yang kedua daripada tujuh stadium yang dibina dari awal untuk kejohanan 2022 yang dirasmikan.
Ia telah dijadualkan menjadi tuan rumah perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab pada 18 Disember, tetapi pembukaannya ditangguhkan kerana kelewatan mendapatkan sijil. Ia masih belum mengadakan perlawanan umum.
Pada bulan April, kes Covid-19 disahkan ke atas pekerja di tiga stadium yang sedang dibina, yang menunjukkan kesukaran untuk mencegah penyebaran virus di kalangan buruh yang tinggal dan bekerja di kawasan yang berdekatan.
Nasser menegaskan bahawa “lebih daripada 80 peratus” infrastruktur yang diperlukan untuk tahun 2022 kini sudah lengkap.
Gelanggang Education City, yang dinamakan untuk universiti dan kampus penyelidikan disekitarnya, akan menjadi tuan rumah perlawanan sehingga ke suku akhir.
Selepas kejohanan, separuh daripada 40,000 tempat duduknya akan disumbangkan untuk membina stadium di negara-negara membangun.
Dua setengah tahun sebelum Piala Dunia bermula, Qatar telah melancarkan stadium Al-Janoub berkapasiti 40,000 yang baru dan stadium Khalifa International yang telah diperbaharui. – AFP