SARIKEI: Dua kawasan berisiko banjir di sini dipantau oleh pihak bomba pada petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, dua kawasan yang dipantau adalah Jalan Cempaka dan Jalan Rambai.
“Dua anggota bomba menjalankan pemantauan di dua kawasan berisiko banjir.
“Pemantauan ini dijalankan sempena menghadapi monsun timur laut (MTL),” katanya.
Beliau berkata pemantauan di dua kawasan tersebut mendapati paras air dalam keadaan terkawal.
“Trend air surut dan cuaca semasa pemantauan adalah baik. Alhamdulillah, tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek