20 orang Biro Keselamatan Rumah Philip, Strass Julau adakan lawatan ke BBP Bintangor

Facebook
WhatsApp
PENGISIAN AKTIVITI…. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan semasa lawatan sambil belajar Biro Keselamatan Rumah Philip ke BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 20 orang Biro Keselamatan Rumah Philip, Strass Julau mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, semalam. 

Ketua BBP Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pelbagai aktiviti dijalankan pada lawatan bermula 2.00 petang hingga 5.30 petang itu.  

“Antaranya termasuklah ceramah keselamatan kebakaran, tatacara penggunaan alat pemadam api dan tatacara pemadaman api dapur,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, aktiviti yang turut dijalankan bersama Biro Keselamatan Rumah Philip adalah tatacara penggunaan kekili hos. 

“Selain itu, mereka turut didedahkan dengan latihan memadam kebakaran. 

“Kesemua aktiviti yang dijalankan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. 

Oleh Earl Anek