Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 300 pelajar lima sekolah menengah terlibat dalam bengkel kecemerlangan SPM
  • TEMPATAN

300 pelajar lima sekolah menengah terlibat dalam bengkel kecemerlangan SPM

Utusan Sarawak 7 months ago
BENGKEL Kecemerlangan SPM anjuran Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dengan kerjasama Pengurus Kompleks Islam Sarawak (PKIS) ini fokus kepada membantu calon agar dapatĀ  menguasai kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan lebih efisien bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

KUCHING: Seramai 300 pelajar dan 10 guru pengiring daripada lima sekolah menengah sekitar bandar raya ini terlibat dalam bengkel kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Majma Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah, hari ini.

Antara sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg, SMK Santubong, SMK Tunku Abdul Rahman, SMK St.Thomas dan SMK Bako.

Bengkel anjuran Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dengan kerjasama Pengurus Kompleks Islam Sarawak (PKIS) ini fokus kepada membantu calon agar dapat  menguasai kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan lebih efisien bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Mengulas lanjut mengenai bengkel, menurut jurucakap YKAB, ia terbahagi kepada dua sesi yang dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman dalam matapelajaran berkenaan.

Jelasnya, penganjuran bengkel kali ke-3 secara percuma ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat yayasan tersebut.

Meskipun berbaki lebih kurang satu bulan dari sekarang, katanya, rata-rata calon SPM menyatakan sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan ini.

Penganjuran bengkel-bengkel kecemerlangan melibatkan calon SPM, bagaimanapun, perlu diberi perhatian lebih untuk memastikan calon lebih bersedia.

Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Karnival Kejiranan Mesra DBKU platform perpaduan penduduk
Next: DBKU sasar Kuching bandar raya rendah karbon menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.