KRIAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kebun getah berdekatan Rumah Frederick Juan, Kumpai Krian sejak petang Khamis lalu telah ditemui meninggal dunia hari ini.
Mangsa, Sipin Landok, 94, ditemui oleh penduduk kampung pada jarak 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang kira-kira jam 2.50 petang tadi.
Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga hari ini diteruskan selepas SAR dilancarkan pagi Jumaat.
“SAR bermula jam 9 pagi telah membuat pencarian bersama penduduk rumah panjang dalam radius 1 kilometer (km) sekitar menara dengan teknik ‘base line’ dibantu unit K9 (anjing Daisy).
“Sekitar jam 2.50 petang, mangsa telah dijumpai oleh penduduk rumah panjang yang bersama dalam pencarian dalam radius 100 meter dari jarak kali terakhir mangsa dilihat dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindalan selanjutnya,” katanya.
Muhammad Rais berkata, berikutan penemuan itu, SAR yang telah dilancarkan sejak pagi Jumaat lalu oleh agensi penyelamat serta penduduk kampung, ditamatkan sekitar jam 3.30 petang.
Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan berkaitan kebakaran itu sekitar jam 6.40 petang Khamis lalu bagi bantuan mencari mangsa.
Mangsa semasa kejadian dikatakan menggunakan kemeja-T berwarna putih dan berseluar pendek.
Oleh ADI SAFARMAN