MARUDI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar sebanyak 267 pek bantuan bekalan makanan untuk tiga kawasan yang terjejas banjir di Daerah Beluru.
Penghantaran menggunakan bot ekspres oleh tiga agensi yang terlibat iaitu Angkatan Perkhidmtan Awam (APM ) anggota Rela dan JKM.
Kawasan yang terjejas banjir yang menerima bantuan tersebut ialah Long Tisam A ( 150 pek ), Long Tisan B ( 85pek ) dan Long Tisam D (32 pek).
Pengurusan Bencana Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, penghantaran bantuan ini dijangka selesai diagihkan hari ini.