KP JKOM sahkan perkhidmatan ditamatkan

Facebook
WhatsApp
BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Dr Mohd Khairuddin Othman.

PUTRAJAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Dr Mohd Khairuddin Othman mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) sudah ditamatkan.

Mohd Khairuddin yang dilantik ke jawatan itu sejak 1 Mac lepas berkata beliau menerima surat penamatan jawatan itu semalam.

“Saya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan saya ingin move on,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai kandungan surat serta sebab penamatan perkhidmatannya di agensi itu. 

“Saya rasa kalau berkaitan kandungan surat elok kita rujuk kepada Kementerian (Komunikasi),” katanya.

Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum itu disandang Datuk Dr Mohammad Agus Yusof. – Bernama

Tiga ditahan di Bau selepas positif dadah

BAU: Polis menahan tiga individu selepas mereka didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan