Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rasmi: Sarawak, Pulau Pinang, KL anjur bersama Sukan SEA 2027
  • SUKAN

Rasmi: Sarawak, Pulau Pinang, KL anjur bersama Sukan SEA 2027

Utusan Sarawak 8 months ago

PETRA JAYA: Sarawak dan Pulau Pinang bersama Kuala Lumpur akan menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan perkara itu pada  majlis perasmian Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA), di Stadium Perpaduan, di sini, malam ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut Sabah, yang sebelum ini dilaporkan sudah bersetuju untuk menjadi penganjur bersama. 

“Terima kasih kepada Sarawak yang sudi menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 dan Para ASEAN. Semasa penganjuran SUKMA lalu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyebut mengenai penganjuran Sukan SEA sebanyak tiga kali. 

“Saya gembira, selepas itu, jemaah menteri telah memutuskan bahawa Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menjadi penganjur bersama Sukan Sea 2027,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) edisi ke-21 di Stadium Perpaduan di sini, malam ini.

Dalam pada itu,Hannah turut menyatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk meminta peruntukan khusus program 

pembangunan sukan orang kurang upaya (OKU) seluruh negeri dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

“Malaysia perlu kepada peruntukan yang besar dan khusus untuk pembangunan sukan dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Sama-sama kita doakan semoga diterima,” katanya.

Sehubungan itu, Hannah Yeoh juga menggesa Majlis Sukan Negara(MSN) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk meningkatkan usaha pencarian atlet para, khususnya atlet para wanita.

“Saya minta kita tingkatkan usaha banyakkan program pencarian terutamanya atlet para wanita. Kepada 303 atlet para wanita dalam Para SUKMA ini syabas saya ucapkan. 

“Penyertaan lebih ramai wanita dalam sukan para akan memberikan inspirasi kepada yang lain bahawa mereka mampu,” jelasnya. 

Beliau berkata daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.

Oleh SHAHRUL QAIZAT dan MOHD NEENATUL AIZAL 

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak beri insentif RM500,000 untuk Bonnie 
Next: Kelibat Bonnie, kilauan pancaran laser memukau perasmian Sukan Para SUKMA 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.