Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Pulasan badai Shanghai 
  • GLOBAL

Taufan Pulasan badai Shanghai 

Utusan Sarawak 8 months ago

Beberapa kereta kelihatan hampir tenggelam manakala sebuah lagi terpaksa di tunda selepas kawasan jalan utama di bandar raya Shanghai banjir selepas dilanda Taufan Pulasan, hari ini

SHANGHAI: Sebahagian bandar raya Shanghai di sini, ditenggelami air selepas ia dilanda Taufan Pulasan, hari ini. 

Ia adalah taufan kedua melanda bandar raya itu dalam tempoh kurang seminggu selepas Taufan Bebinca, Isnin lalu yang menyebabkan kerosakan besar selepas kali terakhir pada 1949.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan Taufan Pulasan melanda Shanghai dengan jumlah hujan tertinggi pernah direkodkan setakat ini berserta kelajuan angin sehingga 83 kilometer sejam.

Katanya, seramai 112,000 penduduk terpaksa dipindahkan manakala beberapa perkhidmatan feri serta keretapi terpaksa dihentikan sementara. 

Bagaimanapun, tiada kerosakan besar atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. 

Menerusi video yang disiarkan di media sosial hari ini menunjukkan penduduk bandar raya Shanghai meredah air setinggi betis di beberapa kawasan kejiranan. 

Menurut Xinhua, dua stesen cuaca mencatatkan lebih 300 milimeter (mm) hujan dalam masa enam jam, yang tertinggi pernah direkodkan di daerah itu. 

Sementara itu, menurut wartawan AFP, banyak kawasan yang dilanda banjir pada awal pagi sudah surut dan dibersihkan menjelang jam 11 pagi tadi.

Xinhua turut melaporkan beberapa bahagian bandar raya ini semalam telah menaikkan tahap amaran taufan mereka apabila ribut menghampiri kawasan itu. 

“Ribut itu diramalkan secara beransur-ansur melemah apabila ia bergerak ke darat walaupun hujan lebat berterusan di bandar itu pada pagi tadi,” katanya. 

Pada Isnin lalu, Taufan Bebinca menyebabkan 1,800 pokok tumbang dan 30,000 isi rumah terputus bekalan elektrik, dengan pihak berkuasa memindahkan lebih 400,000 orang di seluruh Shanghai sebelum ribut melanda. 

Saintis berkata perubahan iklim yang didorong oleh pelepasan gas rumah hijau menyebabkan cuaca ekstrem menjadi lebih kerap dan lebih kuat. 

China adalah penyumbang terbesar pelepasan gas rumah hijau di dunia, walaupun pelepasan per kapita jauh lebih rendah berbanding Amerika Syarikat. – AFP 

Continue Reading

Previous: Bumi bakal mempunyai bulan mini sementara selama 2 bulan
Next: Media Perancis saman Google AS$1.1 bilion kerana iklan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.