Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemuda dipenjara 1 tahun gara-gara curi motosikal
  • JENAYAH

Pemuda dipenjara 1 tahun gara-gara curi motosikal

Utusan Sarawak 8 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Tindakan seorang pemuda mencuri sebuah motosikal Yamaha Y125Z yang juga merupakan bahan bukti kes telah mengundang padah, apabila dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret.

Chiw Kian Siong, 25, membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Romario Jonoi mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Seksyen ini memperuntukan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit dengan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, Chiw dituduh mencuri sebuah motosikal Yamaha Y125Z pada 31 Julai 2024, kira-kira jam 4 pagi bertempat di perkarangan stor Balai Polis Sungai Merah, Jalan Wawasan.

Fakta kes menyatakan pada 31 Julai 2024, kira-kira jam 9 pagi, pengadu telah membuat pemeriksaan di stor bahan bukti Balai Polis Sungai Merah dan mendapati pagar belakang stor telah dipotong.

Pemeriksaan lanjut mendapati salah sebuah motosikal yang menjadi bahan bukti kes telah hilang dipercayai dicuri.

Pada 2 September 2024, kira-kira 12.48 tengah hari, pihak polis telah menahan seorang lelaki iaitu tertuduh di tepi Jalan Edward Jerah, Saratok bagi membantu siasatan.

Dengan dipandu arah oleh tertuduh, pihak polis telah menemui sebuah motosikal Yamaha Y125Z tanpa nombor pendaftaran, dengan nombor enjin telah diubah sementara nombor casis masih sama.  

Pihak polis turut menjumpai enjin asal motosikal terbabit serta beberapa komponen motosikal.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Bekas pelumba GP negara, Elly Idzlianizar maut akibat ditetak, 3 lelaki ditahan
Next: Kastam sita 10 kereta mewah bernilai RM8.12 juta 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.