HONG KONG: Ribuan penunjuk perasaan semalam berarak di bandar raya ini sempena setahun tunjuk perasaan pro-demokrasi besar-besaran meletus.
Penunjuk perasaan berdepan tangkapan, larangan berkumpul akibat Covid-19 dan melanggar undang-undang keselamatan negara.
Tunjuk perasaan besar-besaran kerap berlaku selama tujuh bulan sejak 9 Jun tahun lalu, apabila lebih sejuta orang menyertai demonstrasi jalanan menentang rang undang-undang yang membenarkan ekstradisi ke tanah besar China.
Ketika pemimpin cuba menyelesaikannya, pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan sudah menjadi rutin, menjejaskan kestabilan reputasi pusat kewangan itu apabila timbul ketidaktentuan dan pemberontakan terbuka terhadap pemerintahan Beijing.
Setahun kemudian, penunjuk perasaan membantah rancangan Beijing untuk menghapuskan undang-undang yang melarang penindasan, pemisahan, keganasan dan campur tangan asing.
Langkah-langkah anti-virus juga melarang lebih daripada lapan orang berkumpul di khalayak ramai, namun perhimpunan kecil dilihat masih berlaku di bandar raya itu.
Semalam, ribuan penduduk berkumpul hingga polis melepaskan semburan lada api dan menangkap 25 individu berhubung protes itu.
Seorang yang hanya mahu dikenali Michael, 23, berkata mereka menempuh pelbagai kesukaran dan tetap akan bersemuka memberitahu regim itu apa yang pernah dilakukan tidak dilupakan.
Semalam, penganjur tunjuk perasaan besar tahun lalu mendesak pemerintah menarik sekatan protes yang sah di sebuah bandar yang kini bebas daripada jangkitan Covid-19.
“Gerakan ini belum selesai,” kata Jimmy Sham dari kumpulan Hak Asasi Manusia, yang menyokong tanpa kekerasan.
Bagaimanapun Ketua Bandar Raya, Carrie Lam, yang dilantik pro-Beijing dan tidak popular, mengatakan bahawa tunjuk perasaan mesti ditamatkan.
“Hong Kong tidak mampu menghadapi kekacauan seperti itu,” katanya sambil memaklumkan penduduk perlu membuktikan mereka rakyat Hong Kong ‘sebagai warga negara Republik China yang wajar dan waras’ jika mahu kebebasan dan autonominya terus berlanjutan.
Di bawah perjanjian ditandatangani dengan Britain menjelang penyerahan 1997, China bersetuju membiarkan Hong Kong mengekalkan kebebasan dan autonomi tertentu sehingga 50 tahun.
Bagaimanapun protes berlanjutan sejak satu dekad ini, menimbulkan kebimbangan kebebasan itu akan dikurangkan sebelum waktunya, namun ia dinafikan Beijing.
Penganalisis berkata, ruang untuk perbezaan pendapat sudah berkurangan dengan cepat pada tahun lalu.
“Saya tidak rasa protes itu akan reda, kerana masalah sekarang banyak tindakan tidak dibenarkan,” kata penganalisis di Universiti Cina Hong Kong (CUHK), Leung Kai-chi.
Di luar penarikan rang undang-undang ekstradisi, tuntutan anti gerakan tunjuk perasaan yang tidak formal dan tanpa pemimpin – seperti hak pemilihan universal dan siasatan mengenai taktik polis sudah ditolak.
Undang-undang keselamatan negara yang dirancang China akan melangkaui badan perundangan bandar raya itu jika disahkan, menimbulkan kegelisahan mendalam. – AFP