Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Acara lumba perahu berskala besar secara bergilir di pelbagai lokasi  
  • TEMPATAN

Acara lumba perahu berskala besar secara bergilir di pelbagai lokasi  

Utusan Sarawak 9 months ago
GAMBAR hiasan.

TATAU: Penganjuran acara lumba perahu yang berskala besar perlu diadakan secara bergilir-gilir di pelbagai lokasi setiap tahun.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Anak Tayai berkata, langkah itu bertujuan memperluaskan penyertaan dan meningkatkan daya saing. 

“Jika kita dapat mengadakannya secara bergilir-gilir, tahun ini diadakan di Tatau.

“Mungkin tahun depan Sebauh akan menjadi tuan rumah acara lumba perahu, dan selepas itu, ia kembali ke Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis perasmian Pesta Tatau 2024 di sini, malam tadi.

Tamba Sikie, Bintulu sudah lama tidak menganjurkan regata lumba perahu dan melihat ia sebagai peluang baik untuk menghidupkan kembali acara tersebut. 

Beliau berharap, acara seumpama itu dapat melibatkan lebih banyak lokasi dan tidak hanya terhad kepada Tatau sahaja.

“Saya harap tempat-tempat lain juga dapat turut serta supaya penduduk di sana dapat bersaing dengan orang luar. 

“Janganlah kita hanya dikenali sebagai jaguh kampung, kita mesti menjadi jaguh dunia. 

“Jika kita dapat menjadi juara di sini, mungkin nanti kita boleh menjadi juara di Sebauh dan selepas itu, juara di Bintulu juga,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM100 juta untuk naik taraf kuarters kakitangan kesihatan
Next: DBKU berhasrat wujudkan taman bonsai pertama dalam negara melalui kerjasama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.