BEIJING: Syarikat farmaseutikal, AstraZeneca mendedahkan beberapa pekerjanya sedang disiasat di China berkaitan pengumpulan data yang berpotensi menyalahi undang-undang dan import ubat-ubatan.
Siasatan itu membabitkan lima individu, termasuk bekas pekerjanya yang semuanya warga China.
Siasatan itu diketuai oleh pihak berkuasa di bandar selatan Shenzhen, menurut laporan Bloomberg hari ini.
“Kami tidak mempunyai maklumat lanjut untuk dikongsikan pada masa ini,” tambah kenyataan berkenaan.
Bloomberg melaporkan, siasatan itu dijalankan berkait dengan pengumpulan data pesakit oleh firma berkenaan yang disyaki pihak berkuasa berkemungkinan melanggar undang-undang privasi China.
Siasatan lain pula berkaitan dengan import ubat kanser hati yang belum diluluskan di tanah besar China.
Katanya, semua pekerja itu ditahan ketika musim panas.
China adalah pasaran penting bagi AstraZeneca yang juga pembangun vaksin COVID-19 yang digunakan secara meluas di seluruh dunia ketika pandemik melanda satu dunia.
Firma itu yang berpangkalan di Cambridge, United Kingdom kini mempunyai 90,000 pekerja di seluruh dunia.
Kumpulan industri sebelum ini memaklumkan firma global kini sedang menghadapi persekitaran perniagaan yang semakin sukar di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang merujuk kepada kekurangan ketelusan mengenai undang-undang data dan penahanan pekerja di negara itu. – AFP