LAWAS: Angin ribut yang melanda Lawas pada petang ini menyebabkan kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan di Daerah Lawas.
Berikutan kejadian pokok tumbang berlaku di daerah kecil Trusan telah menyebabkan bekalan elektrik terganggu yang juga menjejaskan bekalan air di Daerah Lawas.
Sehubungan itu pihak SESCO dan Jabatan Pertahanan Awam Lawas turun padang membantu mengalih pokok tumbang yang menimpa beberapa kabel elektrik di Trusan.
Turut berada di lapangan ialah anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lawas yang melakukan kerja mengalih pokok tumbang di kawasan bandar dan kawasan jalan Punang.
Kejadian angin ribut melanda Daerah Lawas pada jam 1.29 petang yang berlarutan hampir 30 minit di beberapa lokasi.
Exco Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Bakelalan Steve Lius mengarahkan jentera pemuda PBN Ba’kelalan untuk sentiasa sedia membantu pihak SESCO, JPAM dan bomba untuk mengalih pokok tumbang di kawasan masing-masing.
Oleh ADENG EDRUS
Gambar
JEJAS ELEKTRIK…pokok tumbang atas kabel elektrik menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Trusan dan juga bekalan air dari loji rawatan air Trusan Lawas.