Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KKM nafi remaja menyamar doktor beri ubat kepada pesakit
  • NASIONAL

KKM nafi remaja menyamar doktor beri ubat kepada pesakit

Utusan Sarawak 9 months ago
SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun, yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, direman selama dua hari pada 9 Ogos lalu. Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Sepang Muhammad Bukhori Md Ruslan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam. Remaja perempuan itu ditahan pada 9.00 pagi di lobi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang selepas dikesan menyamar sebagai petugas perubatan hospital berkenaan. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan laporan media mendakwa remaja yang menyamar sebagai petugas kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang baru-baru ini ada melakukan prosedur rawatan termasuk memberikan preskripsi ubat kepada pesakit.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung perkara itu dan masih menjalankan siasatan lanjut.

“Itu tidak berlaku (beri ubat kepada pesakit), sudah pasti perkara tersebut bukan mudah untuk dilakukan oleh penyamar kerana dia tidak mempunyai sebarang kemahiran.

“Dia hanya menyamar dan membahasakan dirinya sebagai seorang MO (pegawai perubatan),” katanya kepada media pada majlis Taklimat Media Kesihatan Mental Dan Program MySAVE serta Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri di sini, hari ini.

Lukanisman berkata, penyamaran remaja perempuan berusia 14 tahun itu terbongkar apabila petugas HSIS curiga dengan kelakuan dan fizikalnya yang agak terlalu muda.

Beliau berkata susulan insiden itu, pihak HSIS akan menambah baik aspek keselamatan.

“Pusat kesihatan dan hospital-hospital besar sememangnya biasa menerima pelatih-pelatih dan jumlah kakitangan adalah ribuan di dalam fasiliti tersebut. Sudah pasti kita akan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak perkara ini berulang,” katanya.

Pada 9 Ogos lepas, sebuah media tempatan melaporkan sepanjang dua bulan berada di hospital itu, remaja terbabit pandai berlakon sebagai pegawai perubatan pediatrik dengan merawat pesakit serta memberi ubat-ubatan.

Terdahulu, media melaporkan, remaja itu ditahan di lobi hospital berkenaan 9.00 pagi pada 8 Ogos.

Dia ditahan ketika cuba mendaftar diri di kaunter untuk memasuki hospital berkenaan menggunakan identiti palsu.

Dalam perkembangan berkaitan, Lukanisman berkata, insiden membabitkan remaja itu memperlihatkan keperluan penting pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental melakukan sesi rawatan secara berterusan.

“Pada masa sama, kita bimbang penerimaan pesakit terhadap kesihatan itu kerana masih ada masyarakat yang mempunyai stigma negatif terhadap individu yang mempunyai masalah mental. 

“Kita perlu sedar kesihatan mental boleh berlaku kepada sesiapa saja yang sihat fizikal dan mereka memerlukan rawatan di pusat primer kerana kita menyediakan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Lukanisman semasa berucap berkata, pegawai perhubungan awam dan pengamal media memainkan peranan yang amat penting dalam penulisan dan pelaporan berkaitan tingkah laku bunuh diri. 

“Cara pelaporan tentang tingkah laku bunuh diri boleh memberi kesan positif atau negatif kepada masyarakat.

“Pelaporan tingkah laku bunuh diri dengan cara yang berhemah, sensitif dan bertanggungjawab boleh membantu mencegah tragedi tersebut daripada berulang, mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap orang-orang yang mengalami masalah mental terutamanya mereka yang mempunyai tingkah laku bunuh diri (vulnerable people),” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bernama, Perkeso meterai MoU, manfaat 493 pengamal media sambilan
Next: Wajibkan iklan, tingkat pelepasan cukai bantu kelangsungan syarikat media cetak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.